2009-05-08

iKaTaN TeRuRai

Saban hariku terkenang
Ikatan yang sekian lama terurai
Kekuatan dan keteguhan yang dibina
Berasaskan sanubari
Akhirnya hancur ditelan kesilapan

Adakah aku yang bersalah kerana
Ingin membawa kebenaran
Yang tersembunyi
Atau
Adakah aku bersalah kerana
Ingin meluahkan apa yang tersirat
Yang akhirnya tidak kesampaian
Atau
Adakah aku bersalah kerana
Tidak dapat menceritakan kebenaran
Kepada yang berhak
Atau
Adakah aku bersalah kerana
Kata-kata yang aku sendiri dustakan
Yang aku tidak pasti jawapannya

Masa demi masa berlalu sudah
Ikatan yang terurai telah hancur musnah
Adakah yang rela untuk menyelamatkannya atau
Hanya duduk terpaku kebingungan
Meratap kesedihan….

Akan tetapi ikatan kenangan, kepahitan, kesedihan,
Kegembiraan dan keasyikkan
Sentiasa teguh tiada tandingan
Apa yang jauh ibarat dekat di hati
Apa yang hilang terasa bagaikan di depan mata

Namun kenangan akan tinggal
Sebagai pengalaman dan pengajaran
Bila dilupakan akan datang kembali
Dengan sendirinya tanpa disedari
Membuatkan mengelamun, tersenyum dan sedih keseorangan

Kadang kala suasana, persekitaran dan kesibukkan
Menjadi sumber untuk melupakan segalanya
Akan tetapi sumber yang sama juga
Membuatkan kenangan itu muncul kembali
Kerana itulah daku serahkan semuanya kepadaNya
Yang membuat segala ketetapan……
Di CiPTa oLeH,
Z-NaZRi

2009-05-06

AdUHHh****

Hmmm......aku kene lg masalah kt blog nie...
Yg ni psl CBOX plk dh....aku nk try pastu aku taip la
byk2 aleh2 CBOX banned akunye Laptop IP Address
Sebabnye Taip pki Byk sgt kt dlm box tu...
So die ishtihar akunye Ip Address Sbg SPAMMER... aiyaa
Aku xleh nk Tulis pki laptop dh kene pki pc lain...

2009-05-05

MuSNaHnYa MaSa HaDaPaN

Kebingungan menjadi punca kesengsaraan
Atau ketakutan menjadi dalang kecaman
Di mana ada kesedihan yang melukakan
Kepiluan terasa meyelubungi kepedihan

Bumi yang dijatuhi titis-titis embun
Menenangkan kembali kerakusan
Kehendak yang melampaui batasan
Tiada perasaan yang sanggup menghadapi kejahilan

Apakah usaha yang berterusan tiada hasilnya
Menjadi punca diri berputus asa
Keyakinan yang teguh jitu
Telah punah digenggam kegagalan

Kebangkitan dirasai tidak berguna lagi
Remuknya hati sehingga tubuh kaku membisu
Kata-kata yang mendorong semangat
Tidak membangkitkan jiwa yang gelap

Terasa seperti tiada lagi masa hadapan
Di mana segala yang akan dihadapi
Membuatkan diri lebih menyepi
Ibarat menyendiri tetapi terus dihantui

Ada yang risau akan diri ini
Memberi segala pertolongan yang terbaik
Akan tetapi hilangnya keyakinan pada diri
Terasa patahnya hati tidak mampu berdiri

Kepahitan yang dirasai menjadi penghalang
Kehidupan yang bakal di teruskan terpadam
Semangat hilang di dalam kedukaan
Hancur punah harapan kebahagiaan

Tiada arah petunjuk yang menyakinkan
Fikiran yang menyalahkan keadaan
Tiada kebahagiaan lagi di hadapan
Keputusan akhir yang menyalahkan kesetiaan
DiKaRanG OleH,
Z-NaZRi

Aiyaaaaaa!!!!

Hu2...LetiHnye BuaT BlOg ni.
Yg TenSioNnYe aKuNye Blog SbLm ni Die BloCked
SbbnYe Byk SPAM.... EntaHla Aku pUn XFaHaM..
BeSela tu BarU jE bLaJa BuaT..
InI SuMe IraYahaYa & AzIraH & ZuLHaIri La Yg SuRuh Bt daN Byk BaNtu Aku
Tq2..Ha2