2011-01-07

YA ALLAH =)

Dengan mengingati ALLAH hati kita akan tenang .

Benar

ALLAH
pengubat duka lara ku
pengubat masalah hati ku
pedih panas bengang
semuanye hilang

ALLAH
difikiranku dihatiku
dimataku dibibirku
dianggotaku Diniatku
di setiap perjalanan kehidupan ku

ALLAH
ingin ku menangis semata- mata kerana Mu
ingin ku berkahwin semata-mata kerana Mu
ingin ku berbelanja semata-mata kerana Mu
ingin ku bekerja semata-mata kerana Mu
ingin ku bermain/bersukan semata-mata kerana Mu
ingin ku bercinta semata-mata kerana Mu
ingin ku berfikir semata-mata kerana Mu

ALLAH
kurniakanlah Iman yang teguh kepadaku
kurniakanlah ketakwaan kepadaku
kurniakanlah ketenangan kepadaku
kurniakanlah keampunan kepadaku
kurniakanlah kelazatan menyebut namamu kepadaku
kurniakanlah kemanisan beramal kepadaku
kurniakanlah keluarga bahagia kepadaku
kurniakanlah isteri yang taat, setia, jujur, amanah kepadaku
kurniakanlah anak yang soleh&solehah kepadaku
kurniakanlah tangisan air mataku hanya untuk Mu

ya ALLAH matikanlah hamba Mu ini dlm keadaan BEriman pada Mu
dan akhir kalam daku dengan namamu
LAILAHAILLALLAH
amiiiin ...

0 comments:

Post a Comment

FeEL FrEe To DrOp ComMeNtS =)